Antara perkara yang perlu di ambil perhatian oleh pelancong yang ingin mengunjungi Vietnam

  • Kadar pertukaran RM ke Vietnamese Dong ialah RM 1 – VND 5,100. Untuk membeli belah boleh sahaja menggunakan Ringgit. Bayar dan tawar terus dengan Ringgit. Tapi berhati-hati dalam proses tawar menawar dan kadar yang di gunakan oleh penjual di sana.
  • Elakkan dari sekadar suka-suka untuk tawar-menawar. Bila bertanya harga, dah di kira berminat. Silap hari bulan akan di maker amai-ramai oleh para penjual.
  • Jaga bahasa dan pertuturan kerana ramai para penjual yang faham bahasa Melayu.
  • Jaga keselamatan barangan berharga kerana terdapat jugakes-kes ragut dan jenayah.
  • Elakkan menaiki teksi selain dari syarikat VINASUN yang berwarna putih. Banyak syarikat teksi yang di miliki oleh gangster yang sering menipu dan memeras ugut pelancong asing.
  • Kalau dah berkenan dengan sesuatu barangan, tawar harga betul-betul kerana kebanyakkan barangan boleh less hingga 70%.
  • Motorsik adalah raja jalanan di Vietnam. Jumlah dan kesesakan dek motorsikal terutama di waktu puncak di luar imiginasi orang Malaysia. Berhati-hati jika melintas dengan aliran trafik dari kiri. Jangan teragak-agak jika ingin melintas, terus sahaja jika yakin selamat sambil mengangkat tangan isyarat kepada pengguna jalanraya lain.
  • Kebersihan pemakanan suatu isu di Vietnam selain dari factor Halal. Elakkan membeli makanan jalanan.
  • Jika di dekati oleh pengilapkasut, tolak tawaran dia dengan baik. Cas yang di kenakan biasanya melampau.
  • Elakkan dari member sedekah kepada peminta jalanan, kalau tidak akan di serbu oleh kumpulan lain.