Antara hidangan yang tidak dapat dilupakan kepada sesiapa yang berkunjung ke Bosnia and Herzegovina, iaitu Cevapi. Cevapi merupakan salah satu hidangan tradisi Balkan khususnya Bosnia and Herzegovina.
Cevapi  adalah kebab bosnia yang terdiri daripada Sosej yang dipanggang dan dihidangkan bersama roti pita dan bawang. Selain itu, ianya juga dihidangkan bersama Krim Masam dan Ajvar. Ajvar adalah sambal bagi masyarakat bosnia yang dibuat daripada terung, tomato dan lada bengala (Bell Pepper).