Salah satu dari tempat yang perlu dilawati oleh pelancong iaitu Stari Most yang terletak di bandar Mostar. Stari Most adalah satu jambatan lama yang mula dibina pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniyyah pada kurun ke-16. Jambatan ini terselamat dalam 2 perang dunia, namun ianya berjaya dimusnahkan oleh musuh dalam Perang Bosnia pada 9 November 1993.

Selepas tamat perang Bosnia, satu projek untuk membina semula Stari Most telah dijalankan dan ianya dibuka semula pada 23 Julai 2004.