1 Foot Forward

1Foot Forward adalah cetusan idea dari pengasas The 3rd Force iaitu Abe Raja. Beliau mengimpikan untuk meneroka sebanyak mungkin Negara dan benua sebelum umurnya mencecah 50-an.

Beliau yang merupakan seorang yang berhati kental, tabah menghadapi dugaan yang lazimnya jarang mampu di tangani waima oleh insan yang sempurna sifatnya.Lantaran itu beliau ingin membuktikan kepada dunia dan insan yang berkongsi sentimen dengannya agar terus memandang jauh di sebalik horizon dan pasti ada sinar gemilang di sebaliknya.

Bumi Allah yang luas ini wajar di terokai jika berkemampuan, di teladani setiap pengajarannya serta di santuni setiap penghuni sepanjang jejak kembaranya agar bila tiba masanya nanti setiap ibrah yang di kumpul dapat di kongsi bersama mereka yang tidak berkemampuan atau belum mempunyai ruang masa atau pun tenaga.

Hasrat beliau ini di kongsi bersama oleh sahabat karib beliau iaitu saudara Latfy Anuar Latif yang juga merupakan Pengarah Komunikasi & Media The 3rd Force merangkap jurukamera professional bertauliah. Sekeping gambar mampu menceritakan  lebih dari seribu patah perkataan menjadi sumber inspirasi beliau untuk berkarya malah berbakti melalui sentuhan jemarinya.

Beliau akan bertindak selaku jurufoto bagi setiap program kembara 1Foot Forward dan akan di abadikan samada dalam bentuk siaran dokumentari, travelog ataupun gambar-gambar pemandangan, kehidupan, makanan dan lain-lainnya sebagai perkongsian bersama.

Seorang lagi tenaga penting dalam 1Foot Forward ialah saudara Hariri yang juga pakar dalam penggambaran dan pengeditan video yang  bergerak seiring dengan Latfy bagi proses Pre dan Post-Production. Beliau juga bertanggungjawab dalam menyelia jadual, keperluan serta urusan protokol team 1Foot Forward.

Pengembaraan team 1FootForward iniakan di atur oleh perunding perlancongan (Tour Consultant) yang berpengalaman selama 7 tahun dalam industry pelancongan dalam dan luar Negara iaitu saudara Helmi Ibrahim. Beliau juga merupakan Pegawai Hubungan Antarabangsa The 3rd Force.

Beliau turut mengendali laman web dan Facebook1Foot Forward. Rakaman visual dari Latfy akan di olah dalam bentuk paparan visual untuk tatapan warga maya samada di website www.1footforward.com dan FB/1FootForward

Bermula dengan KembaraAmal #1 ke Sri Lanka pada14-18 Januari 2017, kami akan terus melangkah menerokai keunikan bumi ciptaan Ilahi ini.

Terus bersama dengan kami di laman www.1footforward.com dan like kami di FB/1FootForward untuk mengikuti perjalanan dan catatan kembara dari kami serta pelbagai informasi menarik dan segar dari semasa ke semasa.

#jomjadiorangbaik2

#kembara1footforward